Ramai pekerja tak puas hati gaji bulan Januari 2018 terima sikit berbanding bulan sebelumnya. Kes ni berlaku di sebabkan penolakkan caruman baru oleh pihak Perkeso. Caruman baru ni dipanggil Sistem Insurans Pekerja (SIP). Bahasa inggerisnya Employment Insurance System (EIS). Ok baik, kalau kau orang biasa tengok payslip selalu akan tolak dua benda saja tiap bulan dari gaji. Satunya KWSP dan keduanya Perkeso. Yang terbaru ada caruman ketiga ni iaitu SIP/EIS.

Penolakkan caruman baru ni apa benda sampi buat ramai pekerja marah? Aku cerita ringkas dalam bahasa mudah faham. SIP ni adalah satu sistem yang bantu orang-orang yang kehilangan pekerja. Dalam tempoh nak dapat kerja baru, orang-orang yang kehilangan kerja ni akan dapat bantuan kewangan. Dari caruman yang ditolak dari gaji kau orang.
Kata Perkeso, kau yang hilang pekerjaan akan dapat bantuan kewangan segera selepas 7 hari yang kau confirm dah hilang kerja. Kau juga diberi elaun dalam tempoh enam bulan dalam masa nak cari kerja baru. Ikut syarat kelayakan.
Kehilangan kerja sebab apa yang boleh dapat bantuan dari sistem baru ni sebenarnya? Yang pasti kau hilang kerja BUKAN sebab situasi berikut :
1. Letak jawatan sukarela
2. Tamat tempoh kontrak
3. Tamat kontrak persetujuan bersama majikan
4. Kerja siap ikut kontrak
5. Bersara
6. Tamat kontrak sebab masalah disiplin
SELAIN daripada sebab yang disenaraikan diatas kau orang boleh buat tuntutan dekat Perkeso. Kata mudah, kalau kau kehilangan pekerja sebab syarikat nak kurangkan pekerja atau syarikat bankrup, kau dapatlah buat tuntutan ni. Kadar caruman baru ni pada kadar 0.2% bagi caruman yang ditolak pada gaji pekerja. Dan 0.2% juga caruman dari majikan.
Caruman ni hanya terpakai untuk pekerja swasta bukan penjawat awam, perkhidmatan domestik mahupun yang bekerja sendiri. Info untuk majikan. Majikan perlu lengkapkan borang caruman lampiran 1 yang boleh dapat dekat website rasmi SIP ni. Penghantaran borang dan bayaran mesti dibuat sebelum 15 haribulan setiap bulan.
Buat masa sekarang, bayaran yang Perkeso terima cuma dalam bentuk cek, kiriman wang atau wang pos. Bayaran tersebut boleh buat di Pejabat Perkeso yang terdekat.
Bagi majikan yang nak buat bayaran dekat kaunter bank, online banking, FPX dan EFT TAK DIBENARKAN lagi untuk sementara waktu. Jadi harap kau maklum. Sempat aku tanya pada pekerja Perkeso berkenaan isu ini, aku ajukan satu soalan,
"Kalau rujuk dekat website SIP, pekerja yang kehilangan pekerja ni disebabkan majikan. Kenapa tolak dari gaji pekerja? Tolak saja dari majikan supaya mereka lebih menjaga kebajikan pekerja?" Perkeso jawab pada aku, "Kami hanya menjalankan tanggungjawab atas undang-undang yang telah kerajaan tetapkan ni."
Klee-shey betul.
Kalau ada kawan-kawan kau orang yang tertanya lagi pasal SIP/EIS yang kau baca dekat website tak faham-faham, aku dah ringkaskan. Kongsikan kepada kawan kau orang SEBAB mereka berhak untuk tahu kemana perginya duit yang ditolak.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan