-->
  • (Video) Ada Orang Curi Wifi Rumah Kita? Ni Cara Paling Senang Nak Kesan Dan Terus Delete.

     

    Pelik tak kejap wifi kat rumah laju lepas tu tiba-tiba lembab sangat. Mula lah marah kenapa lambat  line internet wifi, bayar mahal-mahal tapi lambat la apa semua.

    Haaa, sebelum nak salahkan mana-mana pihak wifi korang tu, mana lah tahu wifi jadi lambat sebab ada orang yang curi wifi tu! Tapi macam mana nak tahu ada orang curi guna wifi kita?

    Mungkin ramai yang pernah mengeluh Wifi di rumah agak perlahan pada masa-masa yang tertentu. Disebabkan itu, pelbagai urusan sama ada penting ataupun sekadar melayari media sosial akan menjadi lambat, malah boleh tergendala.

    Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana ada cara untuk mengenal pasti siapakah yang ‘Pencuri’ Wifi anda sehingga menjadi slow dan kadang menyakitkan hati.

    Seperti yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Tik Tok Hafizi Zain, dia mengesyorkan penggunaan aplikasi  Fing – Network Tools yang boleh dimuat turun secara percuma di google Playstore telefon bimbit korang (android) . Sekiranya ada peranti yang meragukan, korang juga boleh terus removed dan padam peranti tersebut sehingga pencuri tersebut tidak lagi boleh menggunakan Wifi korang.

    Untuk mengetahui cara mengesan ‘pencuri’, jom tengok video di bawah. 

    @hafizi.zain

    Jom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou

    ♬ Epic Music(842228) - Pavel
  • You might also like

    1 ulasan:

PELAWAT TERKINI