-->
  • TERKINI : PM Umum 5 Kelonggaran Penerima Vaksin Lengkap Mulai 10 Ogos


    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kemudahan bagi individu lengkap vaksinasi yang akan berkuatkuasa 10 Ogos ini.

    Muhyiddin berkata, kerajaan mengumumkan kebenaran rentas daerah bagi individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Dua dan seterusnya.

    Fasa 1 : Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, WP KL & WP Putrajaya

    Fasa 2 : Kelantan, Teregganu, Pahang, Perak, Penang & Sabah

    Fasa 2 :  Perlis, Sarawak & Labuan.

    Berikut di senaraikan info grafik antara aktiviti-aktiviti yang di benarkan kepada individu yang lengkap Vaksin 2 dos.


    Klik pada gambar untuk lihat lebih Jelas








    Berikut antara perkara penting untuk kefahaman bersama :

    MAKSUD VAKSINASI LENGKAP :

    💉 Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) 
    -Telah MELEPASI HARI KE-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

    💉 Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) 
    -Telah MELEPASI HARI KE-28 dari tarikh suntikan.

    KEMUDAHAN KUARANTIN DAN PERJALANAN 

    Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap DI SELURUH NEGARA (terpakai ke atas semua fasa PPN).

    1️⃣ 🏠 Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah divaksin lengkap, DIBENARKAN jalani kuarantin wajib di rumah.

    2️⃣ 👫 Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

    3️⃣ 👨‍👩‍👧 Ibu bapa yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk berjumpa anak berumur bawah 18 tahun.

    KEMUDAHAN KEAGAMAAN

    Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di NEGERI FASA 1 dan FASA 2

    1️⃣ 🕌 Aktiviti solat di masjid dan surau bagi individu (umat Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

    2️⃣ ⛪️ Aktivti sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) bagi individu (penganut selain Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

    KEMUDAHAN SEKTOR SOSIAL

    Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di NEGERI-NEGERI DALAM FASA 2 DAN SETERUSNYA

    1️⃣ 🚗 Rentas daerah DIBENARKAN.
     
    2️⃣ 🍽 Aktiviti dine-in DIBENARKAN.
     
    3️⃣ 🚴‍♂️ Sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan dan aktiviti berkumpulan DIBENARKAN.

    4️⃣ 🏫🏘 Aktiviti pelancongan dalam negeri sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

    MENTERI DALAM NEGERI diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk pastikan setiap Kementerian/Agensi berkaitan melakukan pemantaun rapi terhadap pelaksanaan kemudahan-kemudahan tersebut.

    Perincian dan syarat bagi setiap kemudahan ini seperti infografik diatas dan boleh juga dirujuk di portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI