-->
  • (Video) Sedap suara Anak Amelina boleh sambung legasi lagu dangdut

     

    Siapa sangka pemenang tempat ke- 4, Gegar Vaganza musim ke-5, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina binti Amir Sharipuddin atau disapa dengan panggilan Kak Long mempunyai 2 orang anak perempuan yang sangat cantik. Bukan sahaja cantik, bahkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Puteri Eira  dan anak ke-4 Puteri Syura itu sangat menyokong ibunya setiap kali berentap di konsert GV5.


    Tak dinafikan memang cantik anak gadis Amelina ini. Tidak hairanlah kalau menjadi tumpuan netizen. Anda tengok muka dia ada iras-iras siapa? Macam ibunya juga kan? Namun dalam kecantikan dan iras ibunya, tiada siapa menyangka kedua-dua anak gadis Amelina ini turut berbakat mengikut jejak ibunya dalam bidang nyanyian.


    Buat pengetahuan semua, Eira atau nama penuh nya Puteri Nur ‘ Athirah (anak sulung) berusia 17 tahun dan Puteri Nur’ Asyurah (anak ke 4) merupakan anak hasil dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood. Selain Eira dan Syura, Amelina dikurniakan 4 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, , Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.


    Dalam satu program ' Bintang Minggu Ini" anjuran astro ria, Amelina telah di jemput sebagai tetamu dalam program tersebut dan dihostkan oleh pelawak / pengacara versatile Nabil Ahmad. Dalam program ini, Amelina turut membuat persembahan dengan lagu-lagu dangdut nyanyian beliau yang pernah popular suatu ketika dahulu. 


    Di akhir rancangan, pengacara Nabil Ahmad telah membuat kejutan dengan membawa masuk 2 orang anak gadis Amelina ke atas pentas dan sebaik sahaja menuju ke pentas, Amelina seperti terperanjat dan terkejut dengan kehadiran 2 orang anak gadis nya itu sambil berseloroh 'Hey bila masa kau datang sini'


    Nabil Ahmad secara spontan bertanya kepada anak Amelina, Puteri Eira sama ada boleh menyanyi atau tidak dan di jawab oleh Eira 'bolehlah'. Nabil ahmad telah meminta Puteri Eira belanja satu lagu dangdut. Nabil secara berseloroh berkata ' Mana lah tahu, lepas ni mak kau boleh berehat, kau lak menyanyi'. Namun awalnya Puteri Eira menolak, namun Puteri Eira berbisik dengan ibunya menyanyi kena ada muzik. Nabil Ahmad terus meminta sound band memainkan lagu muzik dangdut popular 'Secangkir Madu Merah'.


    Puteri Eira kemudianya menyanyikan lagu dangdut ibunya denggan lenggok dan suara gaya tersendiri. Kemudian nya di sambung pula oleh anak ke-4 Amelina, Puteri Syura yang di lihat manis berhijab dan nampak sedikit pemalu. 


    Sebaik sahaja kedua-dua anak gadis Amelina selesai menyanyikan beberapa rangkap lagu dangdut tersebut, Nabil Ahmad dan penonton memberi tepukan gemuruh sambil di sapa oleh Nabil Ahmad dengan jeritan 'woooooooo'. Nabil Ahmad turut menyapa penonton dengan berkata 'kita sudah ada group dangdut terbaru ya, the Amelinaz" kemudian di sambut ketawa sinis oleh Amelina. 


    Amelina dengan muka terperanjat dan terkedu kemudiannya memandang muka kedua-dua anak gadisnya dan menceritakan aktiviti anak-anak gadis nya ketika di rumah hanya menyanyi lagu-lagu pop dan lagu-lagu lain samada secara senyap-senyap atau menyanyi di bilik air.  Seolah-olah anak gadisnya seorang yang pemalu. Namun Amelina tidak menyangka, kedua-dua anak gadisnya boleh menyanyi lagu dangdut ibunya dengan baik dan sedap sekali. 


    Pepatah ada mengatakan 'Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi ' . Moga anak-anak gadis Amelina boleh menggantikan legasi dangdut Ibunya di masa akan datang. Mungkin suatu hari nanti anak-anak gadis Amelina boleh menyambung menyanyikan lagu-lagu dangdut yang kini semakin malap dan tenggelam di negara ini. 


    Tonton video di minit  1:00:40














  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI