-->
  • Pasangan PJJ boleh Rentas Negeri,Kami Yang Bujang Pun Nak Jumpa Mak Ayah!

     

    Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas mengenai senarai aktiviti dan kemudahan untuk individu lengkap dua dos vaksin .

    Rata-ratanya ramai yang menyambut baik kelonggaran yang diumumkan kerajaan,bagaimanapun, salah satu pengumuman yang di buat sebentar tadi antaranya memberi kebenaran rentas daerah dan negeri kepada pasangan jarak jauh (PJJ) bagi berjumpa pasangan masing-masing dilihat mendapat reaksi negatif oleh golongan bujang.

    Tinjaun di komen laman sosial facebook mendapati, orang ramai terutamanya mereka yang bujang menyifatkan keputusan kerajaan itu adalah tidak adil bagi golongan orang bujang yang berjauhan dengan keluarga akibat larangan rentas daerah dan negeri yang dilaksanakan.

    “Kami yang bujang ini tak ada keluarga langsung ke? Ramai yang sudah setahun tak jumpa ibu dan ayah masing-masing. Sangat tidak adil, sepatutnya kelonggaran ini diberikan untuk semua,” luah Faiz Rahman.

    "Yang bujang ni apa cerita? Laki bini boleh balik Ko**k tak pa ahh. J**ba*k" kata Moam Nara

    “Tolong jelaskan apa kepentingan atau kelebihan pasangan jarak jauh ini ya? Kenapa dari dulu lagi mereka diberikan kelonggaran? Tolonglah kasihankan kami yang bujang ini,” kata Isyrqaq.

    “Manusia yang wujud di Malaysia ini hanya pasangan jarak jauh sahaja rasanya. Yang bujang ini memang tak pernah wujud,” kata MyNameIsFmd.

    “Orang bujang selalu dianaktirikan, takkan jumpa pasangan lagi penting daripada anak nak jumpa mak bapak? Kalau nak buat kelonggaran pun, tolonglah bagi adil,” kata Ahmad Zuhairi.

    Berikut antara tinjuan komen-komen di laman sosial facebook yang rata-rata marah dan menyifatkan tidak adil pada golongan bujang.




    Terdahulu, Perdana Menteri . Tan Sri Muhyiddin mengumumkan pasangan suami isteri jarak jauh (PKK) yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

    Kebenaran itu juga dibenarkan untuk ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap bagi berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.


     

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI