-->
  • 6 Fakta Mengenai Penyanyi Hindustan Lata Mangeshkar. Pernah menyanyikan Lagu Sekuntum Mawar Merah, Siapakah Beliau?

    Jika disebut namanya, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau apatah lagi generasi kini. Tetapi jika disebut lagu-lagu popular hindustan atau bollywood seperti Dil To Pagal Hai dan Humko Humise (Mohabattein), pasti ramai yang akan tahu. Jika di Malaysia, mungkin ada yang pernah mendengar lagu Sekuntum Bunga Merah dan suaranya persis penyanyi india kan. Beliau adalah penyanyi asal kepada lagu-lagu popular ini. Menyingkap kembali pencapaiannya, ini adalah 6 fakta berkaitan dengan penyanyi Lata Mangeshkar!

    1) Cuba Teka Umurnya?

     
    Saat mendengar nama, suara dan nyanyianya tanpa melihat wajahnya pasti ramai yang menyangka, gerangannya adalah seorang penyanyi wanita muda kan. Namun tahukah anda Lata kini sudah mencecah usia 92 tahun (ketika artikel ini ditulis tahun 2022) . Beliau lahir pada 28 September 1929  dan merupakan  seorang penyanyi main balik dan pengarah muzik. Dia adalah salah satu penyanyi main balik yang paling terkenal dan paling dihormati di india.  

    2) 25,000 Buah lagu Dicipta dan Tersenarai Dalam 'The Guiness Book Of Record' 


    Pada tahun 1974, The Guinness Book of Records menyenaraikan Lata Mangeshkar sebagai artis yang paling banyak dirakam dalam sejarah, menyatakan bahawa dia dilaporkan telah merakam lebih dari 25,000 buah lagu yang diciptanya  dengan paduan suara dalam 20 bahasa India" antara tahun 1948 dan 1974. Ini termasuklah lagu bagi filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, One 2 Ka 4 dan banyak lagi!

    3) Dianggap Jelmaan Tuhan. 


    Percaya atau tidak, di India Lata telah di sembah dan dipuja kerana dianggap sebagai jelmaan Tuhan kerana mempunyai suara yang lunak dan masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

    4) Pernah Di Racun.   


    Di sebalik kejayaannya, terdapat pula mereka yang iri hati dan cemburu dengan populariti nya. Suatu ketika dahulu, Lata pernah diracun oleh seseorang yang menyebabkannya terlantar hampir 3 bulan.  

    5) Pernah Menyanyikan Lagu Melayu Indo 'Sekuntum Mawar Merah' , 'Hai Orang Asing' & 'Di Tepi Pantai'  

     
       

    6) Di Sahkan Positif Covid-19  


    Pada Awal Januari 2022, Lata di sahkan positif Covid-19 dengan gejala ringan dan dimasukan ke Hospital Breach Candy, Mumbai India . Lata kini sedanng menjalani proses pemulihan  dan berada dalam pemerhatian ICU  dan memerlukan 'penjagaan berterusan' kerana faktor usianya. 

     


      

     






     

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI