Dalam musim Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di MALAYSIA, berbagai aktiviti akan di luangkan oleh rakyat untuk mengisi masang lapang. Terpanggil bagi mengisi masa lapang tersebut, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan MENIMANG BOLA TAKTAW sahabat JHEINS secara atas talian.
Tempoh pertandingan yang telah bermula pada 21 - 30 JUN 2021 dan terbuka dalam 4 kategori iaitu kategori sekolah rendah (Bawah 10 tahun & Bawah 12 tahun) kategori sekolah menengah (Bawah 15 tahuan & Bawah 18 tahun), kategori Senior (berumur 19 - 39 tahun) dan kategori Veteran (40 tahun keatas).
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada rakyat MALAYSIA di seluruh negara. Mereka yang menyertai pertandingan ini pula di wajibkan mendaftar sebagai sahabat JHEINS dan penyertaan tanpa ID Sahabat JHEINS akan di tolak dan di batalkan penyertaanya.
Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa hadiah wang tunai mengikut kategori sekolah rendah (Bawah 10 tahun & Bawah 12 tahun) : JOHAN- RM300 / Naib Johan - RM200 / Ketiga - RM100 dan 5X saguhati - RM50. Bagi pemenang kategori Sekolah Menengah (bawah 15 tahun & bawah 18 tahun) Senior dan Veteran bakal membawa wang tunai JOHAN- RM500 / Naib Johan - RM300 / Ketiga - RM200 dan 5X saguhati - RM100. Pemenang kategori Khas Juri pula RM100.
Syarat pertandingan MEWAJIBKAN peserta MENUTUP AURAT. Peserta juga harus memperkenalkan diri sebelum melakukan timangan dengan menyatakan Nama penuh, kategori dan nombor ID sahabat JHEINS. Timangan yang dikira adalah timangan sepak kiri dan kanan secara berselang seli berdasarkan jumlah timangan dan masa yang telah ditetapkan.
Peserta yang menyertai pertandingan ini juga tidak di benarkan menyunting rakaman video yang di hantar dan sekiranya terdapat kesan penyuntingan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan serta merta.
Selepas 10 hari penyertaan di buka, pihak penganjur menyatakan pertandingan timangan sepak takraw ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat sepak takraw seluruh negara khususnya penduduk rakyat Negeri Sembilan.
Pada 10 JUN 2021 jam 9 malam, keputusan pemenang telah di umumkan melalui secara langsung di media sosial Facebook rasmi " Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) " dalam sebuah program khas ' Cito malam Minggu Buek Apo Tu Jang " yang di hostkan oleh DJ YK penyampai radio Negeri FM bersama dengan panel wakil JHEINS saudara Tengku Nor Iftah Bin Tengku Jamil, penolong Pengarah Kanan JHEINS.
Tetapi yang menarik setelah keputusan diumumkan, pemenang JOHAN, NAIB JOHAN, dan KETIGA bagi kategori Veteran di menangi oleh ahli keluarga adik beradik iaitu Normanizam Bin Hamzah, Nordanial Bin Hamzah dan Nazrisyam Bin Hamzah. Tiada siapa yang menyangka, adik beradik yang nama bermula dengan huruf "N" ini membawa tuah dengan membolot hadiah utama bagi kategori vateran.
Dengan jumlah timangan sebanyak 252, Normanizam Bin Hamzah di pilih sebagai JOHAN dengan membawa wang tunai berjumlah RM500.
Naib johan pula, Nordanial Bin Hamzah dengan jumlah timangan sebanyak 229 membawa wang tunai RM300.
Di tempat ketiga, Nazrisyam Bin Hamzah dengan jumlah timangan sebanyak 210 membawa wang tunai RM200. TAHNIAH di ucapkan kepada trio adiik beradik keluarga HAMZAH.
Sementara itu, di laman facebook ramai yang mengucapkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga adik beradik ini melalui status di komen.








Tahniah adik beradik mantap..������������
BalasPadam