Baru-Baru ini tersebar di laman sosial beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Jika itu masalah yang berlaku, zairul mencadangkan agar kerajaan membenarkan orang ramai untuk merakam gambar atau video ketika mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.
Bagi zairul, semua orang patut dibenarkan rakam gambar atau video waktu terima vaksin, ini kerana vaksin yang di beri kepada rakyat itu pun menggunakan duit rakyat. Jadi tiada masalah untuk rakyat merakam demi memastikan tiada nya timbul isu di suntik dengan picagari kosong.
Paling bagus dan molek, pegawai yang memberikan vaksin perlu menunjukkan picagari kepada penerima sebelum dan selepas proses tersebut dijalankan. jadi sekurang-kurangnya penerima vaksin boleh nampak dan tahu bahawa picagari tersebut berisi vaksin atau tidak.
Benarkan orang ramai merakam gambar atau video ketika mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.Zairul Ashraf
Julai 22, 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan