-->
  • Bukan Aku, Pehal Petik Nama Aku ni! Ini Penjelasan Tauke Jambu

    Tauke Jambu buat hal?? Pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.


    Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya  itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. 

    Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang dipetik netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.

    Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.


    Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini, katanya. Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jen4yah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

    Terdahulu, kecoh di media sosial melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan ekspl0itasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

    Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan ekspl0itasi seks. Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI