-->
  • TERKINI : Pelawak Terkenal Ditahan Di Sebuah Hotel di Kuala Pilah??

    Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah Hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan?? Siapa la agaknya ya?? Di fahamkan penahanan pelawak terkenal tersebut pada Ahad lalu adalah bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

    Pelawak berusia 40-an itu ditahan pada jam 10 pagi dalam serbuan Ops Pintas  yang di lakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.

    Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

    Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit,"  Mak aiii, siap ada jumpa kondom…bala..bala..bala…

    Menurut pihak polis, pelawak tersebut (suspek) telah direman empat hari bermula Ahad hingga Khamis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

    Selain itu pelawak tersebut (suspek) juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

    Difahamkan juga, Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

    NETIZEN Tercari-cari siapa kah pelawak tersebut??

    Komen yang di perolehi daripada laman sosial facebook, ramai yang yang masih mencari dan meneka siapakah pelawak yang di maksudkan itu. Menjadi tanda tanya di kalangan netizen yang masih belum mengetahui nama pelawak tersebut. Ada yang meminta supaya jabatan netizen mejalankan tugas tersebut. Jom kita baca komen yang pasti mencuit hati.







  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

PELAWAT TERKINI